Pages

Sejarah PERMATANG BADAK (Trip 1)

ok.bulan ni ak trlalu bz dngan trip hanya nk cri fakta pnya psal..akhirnya ak dpt resource jugak tentang kmpung ak sndri..jd kepada ssiapa yg stay kt Permatang Badak leh la tau asal usul kmpung korang..kt bwah ni ak ad share sejarah kmpung kita yang agung lagi saksama lagi popular megah kat Kuantan, hahaha..baca jgn tak baca..


View Larger Map

Terserempak badak di permatang

TERLETAK kira-kira sembilan kilometer dari Kuantan, Pahang, Kampung Permatang Badak tidaklah terlalu istimewa, tetapi mungkin ramai tertanya-tanya mengapa haiwan liar itu menjadi pilihan hingga membuatkan namanya dipilih untuk diabadikan.
 

Mengikut ceritanya, Permatang Badak hanya penempatan biasa yang diteroka sekumpulan penduduk pada awal 1930-an dan tiada siapa pernah terfikir untuk menamakan kawasan berkenaan hinggalah bekas pegawai daerah berasal dari Perak, Raja Musahar terserempak dengan sekumpulan badak berhampiran permatang ketika singgah di kampung itu.

Menurut penduduk asal Permatang Badak, Isa Ismail, 90, sebelum insiden Raja Musahar terserempak dengan haiwan liar itu, penempatan mereka tidak mempunyai nama walaupun sebahagian besar tanah di situ dihuni penduduk.


“Dia yang memberi nama Permatang Badak kepada kampung ini selepas peristiwa itu. Permatang itu pula gelaran diberi penduduk kepada sebuah kawasan tinggi yang berpaya di kiri kanannya,” katanya.
 

Isa berkata, sebelum diteroka, kampung itu asalnya hutan berpaya yang turut menjadi habitat hidupan liar seperti gajah, harimau dan babi hutan, malah penduduk pernah terserempak dengan harimau dan gajah ketika menebang pokok dan menebas hutan untuk mendirikan rumah dan bercucuk tanam.
 

Datuk kepada 20 cucu itu berkata, selang beberapa tahun kemudian, kawasan terbabit diusahakan dengan tanaman padi secara berperingkat kerana tanahnya subur.

“Bayangkan, hutan paya ini bertukar menjadi sawah padi yang menguning dan penduduk ketika itu sungguh gembira sehingga pada satu tahap berjaya mempengaruhi penduduk luar seperti dari Balok, Beserah, Sungai Karang, Tanjung Api, Kampung Batu Sawar dan Tanjung Putus serta dari daerah Pekan berpindah dari kampung mereka untuk mengusahakan tanaman padi di Permatang Badak,” katanya.

Isa berkata, penduduk beramai-ramai membina pondok digelar ‘pondok menunggu durian’ di tepi jalan berdekatan Masjid Al-Hidayah di persimpangan lampu isyarat Permatang Badak - Taman Guru untuk menguruskan tanaman padi, termasuk mengawal serangan makhluk perosak seperti tikus dan burung.

“Tanah sawah yang subur membolehkan kami menanam padi tiga kali setahun dan memperoleh antara 2,000 hingga 3,000 gantang setiap musim,” katanya.

Isa yang berhijrah dari kampungnya, Beserah pada usia 20 tahun berkata, kawasan berpaya dari Kilometer 4 hingga Kilometer 10, Jalan Gambang menghala ke Kuantan satu ketika dulu adalah kawasan tanaman padi yang sangat luas dan selayaknya digelar ‘jelapang padi’ waktu itu.

Bagaimanapun, katanya, pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula 1941 mengubah corak kehidupan dan secara tidak langsung aktiviti ekonomi mereka turut terkena tempiasnya.

“Hasil padi kami turut dirampas dan jika ada lelaki ditangkap, mereka dikerah bekerja dengan tentera Jepun untuk meratakan semula permukaan tanah yang dilalui tentera Jepun sebelum itu.

“Kehidupan waktu itu sungguh perit... nak bekerja susah, persekolahan anak terjejas, malah kami terpaksa menyimpan padi yang dituai di tempat paling selamat kerana bimbang dirampas tentera Jepun. Ubi kayu menjadi makanan utama waktu itu kerana kesukaran mengerjakan sawah padi,” katanya.

Malah, katanya, tentera Jepun mengerah mereka menanam padi di sebuah kawasan paya yang kini berubah di mana sebahagiannya ditumbuhi semak-samun dan sebahagian lagi ditambak dan dibangunkan menjadi taman perumahan Desa Mesra.

“Sebagai kenangan untuk anak cucu dan generasi akan datang, kami menggelar kawasan itu Paya Jepun dan kekal hingga ke hari ini,” katanya.

Isa berkata, pada era itu juga tentera British membina sebuah kubu di kawasan berhampiran Masjid Al-Hidayah untuk mengawal keselamatan dan menyerang tentera Jepun yang melalui kawasan itu.

Katanya, penduduk juga pernah menemui bom berangkai milik tentera Jepun yang masih aktif sebelum menyerahkannya kepada polis kira-kira 11 tahun lalu.

Bagi Habsah Mat, 70, kedua-dua arwah ibu bapanya, Maimunah Mat Raji dan Mat Idris antara penduduk awal di kampung itu yang berpindah dari Pekan untuk mencari kehidupan yang dapat menjamin masa depan.

“Orang dulu-dulu hidup berpindah-randah sebab kebanyakannya bekerja kampung dan bilangan ahli keluarga pula ramai,” katanya.

Mengenai nama kampung itu, menurut Habsah, ibunya pernah bercerita mengenai kewujudan sebuah permatang di depan dewan orang ramai berhampiran Klinik Desa Permatang Badak.

“Mak cik tidak ingat sejauh mana jarak permatang itu tetapi arwah ibu pernah bercerita, jika kita di depan permatang itu, kita tidak nampak apa yang berlaku di sebelah sana... permatang itu diumpamakan sebagai kawasan tinggi di tengah lembah.

“Bagaimanapun, ia terhakis sedikit demi sedikit manakala lembah atau paya yang mengelilinginya mulai cetek dan kering,” katanya.

Ketua kampung, Alias Hasan, 47, berkata Permatang Badak mula membangun pada 1980-an apabila jalan raya utama dilebarkan, taman perumahan dibangunkan dan sekolah dibina bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

Kini, Permatang Badak bukan lagi kawasan hutan atau sawah padi tetapi perkampungan yang semakin maju dan moden seiring dengan arus perkembangan bandar Kuantan.

Penduduknya juga daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan memiliki kerjaya sama ada di bidang profesional, korporat mahupun memiliki perniagaan sendiri.
 
# FAKTA
   Permatang Badak, Kuantan, Pahang

  • Mula diteroka pada awal 1930-an
  • Dinamakan oleh bekas pegawai daerah, Raja Musahar
  • Asalnya kawasan hutan berpaya sebelum diusahakan dengan tanaman padi
  • Kampung itu pernah ditawan tentera Jepun dan British
  • Taman perumahan Desa Mesra di kampung itu digelar Paya Jepun oleh penduduk tempatan

 


Hasil drpada siri perjalanan ak..Paper Metro yg original dikongsi oleh En. Zahari..
*Dipetik dari myMetro

3 comments:

  1. keluasan kampung tak tahu ke hehe

    ReplyDelete
  2. Dengar buleh caya jgn family tok4 lias ni kaki claim, padahal atuk aku org 1 dri beserah naik sampan dri sg kuantan ke bukit rangin, sawah padi tu tanya tok4 sapa punya? Musa bin mat zin nama atuk aku tapi sek dia claim sekdia mri dlu ambik la nak nama sngt atuk aku kabo HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. Lagi klu nk tahu tok alias ni dlu org panggil mat temberang mmg pattern kaki sembang kaki claim ha lagi mau percaya diorang punya cerita ka. Kalau nk tahu sejarah betul kampung Permatang Badak ni mri tanya saya bukan tok 4 hasil lipak

    ReplyDelete